Malaysia mudah libas Filipina

Malaysia mudah libas Filipina

Pemain Filipina, Glindel Phori (tengah) melakukan libasan ketika menentang Malaysia dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya di Gimnasium Mizuho Park, Nagoya, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAGOYA: Skuad sepak takraw negara meneruskan langkah bergaya dalam acara regu berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila membelasah Filipina 3-0 dalam aksi Kumpulan B, sebentar tadi.

Kemenangan itu hadir sehari selepas skuad negara menundukkan tuan rumah, Jepun 2-1, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kumpulan.

Berbanding perlawanan menentang Jepun, barisan negara dilihat tampil lebih kemas dan konsisten untuk mengawal keseluruhan perlawanan sebelum mengesahkan kemenangan tanpa kehilangan satu pun perlawanan.

Malaysia dijadualkan menentang India dalam aksi terakhir Kumpulan B di Gimnasium Mizuho Park, esok, dengan kemenangan akan mengukuhkan kedudukan selaku juara kumpulan.

Ahmad Jais turut menegaskan jadual padat tiga perlawanan dalam tempoh tiga hari bukan masalah buat anak buahnya yang sudah biasa beraksi dalam kepadatan jadual kejohanan antarabangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×