Pengampunan Najib: UMNO tak semakin kuat, kelebihan buat PH - Penganalisis

Pengampunan Najib: UMNO tidak semakin kuat, kelebihan buat PH – Penganalisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi kekuatan kepada UMNO untuk menghadapi PRU16, sebaliknya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan sokongan pengundi terasnya.

Profesor, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia sedang menilai nilai moral UMNO dan nilai agama Pas serta nilai parti-parti dalam pakatan mereka yang dilihat menyokong orang yang didapati bersalah dalam jenayah rasuah.

“Kelihatan jelas nilai UMNO yang masih tidak merasakan rasuah adalah jenayah, dari 1MDB sehingga ke isu Tabung Haji.

“Manakala Pas pula yang dulunya becakap soal jenayah hudud, sekarang meninggalkan prinsip agama dan moral agama demi mendapat sokongan ahli UMNO.

“Ia memberi kesan besar kepada sokongan Melayu dan bukan Melayu yang majoriti menolak rasuah,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib memberi ‘bola tanggung’ kepada PH dalam menghadapi PRU16.

Ujar Hassan Abdul Karim, hanya sehari selepas pengampunan itu diberikan, jelas kelihatan keputusan berkenaan telah memudaratkan UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Mengulas mengenai kutipan tabung yang dianjurkan UMNO demi membantu Najib, Mohd Afandi berkata, langkah itu seakan mencabar kewarasan dan nilai sebenar ahli UMNO dan jika ada ahli Pas yg ‘menyumbang’ kepada orang yang telah terlbat dalam rasuah berbilion ringgit kerana dilihat ada jasa kepada negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×