Thevendran hadiah gangsa pertama Malaysia

Thevendran hadiah gangsa pertama Malaysia

Atlet karate Malaysia, Thevendran Kaliana Sundram (kanan) beraksi menentang wakil Nepal, Rakesh Manandhar dalam pertarungan pingat gangsa kumite lelaki bawah 55kg pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Gimnasium Toyohashi, Aichi, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atlet karate negara, K Thevendran menghadiahkan pingat pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas meraih gangsa dalam acara kumite lelaki bawah 55 kilogram (kg), hari ini.

Thevendran memastikan kilauan gangsa itu menerusi kemenangan bergaya 9-1 ke atas wakil Nepal, Rakesh Manandhar dalam aksi pusingan repechage di Gimnasium Toyohashi, Aichi.

Kejayaan itu hadir selepas Thevendran terpaksa melalui laluan repechage susulan kekalahan 0-3 kepada wakil Uzbekistan, Khalimov Khumoyunmirzo dalam aksi suku akhir.

Namun, kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat atlet negara berkenaan untuk bangkit, sebaliknya dia tampil lebih berkeyakinan bagi memburu tempat di podium.

Kemenangan ke atas Manandhar bukan sahaja mengesahkan pingat gangsa buat Thevendran, malah membuka tirai kutipan pingat kontinjen Malaysia pada temasya edisi kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×