Anwar serah urusan Bersatu sertai PH kepada Amirudin

Anwar serah urusan Bersatu sertai PH kepada Amirudin

Bersatu PH
ANWAR Ibrahim melancarkan buku Sejarah Ringkas Reformasi sambil disaksikan Amirudin Shari pada Majlis Hi-tea Sekretariat Reunion Reformis di Shah Alam, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, perkara itu diserahkan kepada  Naib Preisiden, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menguruskannya.

”Yang itu, saudara Amirudin akan bincangkan,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Hi-tea Sekretariat Reunion Reformis di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Bersatu kini mencari hala tuju dan jajaran politik baharu termasuk kemungkinan bersama PH selepas kedudukannya dalam Perikatan Nasio­nal (PN) dilihat semakin tersisih.

Menurut sumber pimpinan Bersatu, perkara itu dikatakan mendapat ‘restu’ daripada daripada pimpinan tertinggi parti malah cadangan jajaran itu juga di bawah pengetahuan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10, malam tadi turut menguatkan lagi desas-desus tersebut.

Kata Ketua Pembangkang Selangor itu, Bersatu ‘diintai’ parti lain yang ingin membentuk pakatan bagi berdepan lawan termasuk UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×