Najib tersentuh ramai sanggup menyumbang– Nooryana

Najib tersentuh ramai sanggup menyumbang– Nooryana

NOORYANA NAJWA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersentuh melihat kesediaan orang ramai menyumbang bagi membantu beliau melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Anaknya, Nooryana Najwa berkata, bapanya sendiri tidak menyangka begitu ramai tampil memberikan sumbangan menerusi Tabung Solidariti DSN yang digerakkan secara sukarela.

“Daddy betul-betul tak sangka begitu ramai yang sanggup menyumbang. I would never force it on anyone,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Nooryana Najwa, beliau dan keluarga amat menghargai semua pihak yang bertanyakan khabar mengenai bapanya susulan keputusan terbaharu Lembaga Pengampunan.

Katanya, ramai yang turut bertanyakan sama ada bapanya sudah pulang ke rumah selepas keputusan membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

“Semua yang care for Bossku tentunya mahu melihat beliau kembali ke rumah bersama keluarga.

“Buat masa ini, belum. Keputusan Lembaga Pengampunan menetapkan bahawa tahanan rumah tersebut tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta terlebih dahulu. Kami sekeluarga menghormati sepenuhnya keputusan tersebut,” katanya.

Nooryana Najwa berkata, berdasarkan penjelasan peguam bapanya, sekiranya jumlah RM50 juta berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan sukarela Tabung Solidariti DSN, urusan pembayaran dan proses seterusnya akan dibuat melalui saluran rasmi.

Beliau berkata bayaran denda perlu dibuat kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum resit pembayaran dikeluarkan untuk diserahkan kepada pihak penjara.

“Selepas itu, pihak penjara boleh mengeluarkan ‘release order’ bagi proses tahanan rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Nooryana Najwa berkata keluarganya turut tersentuh dengan usaha UMNO menerajui Tabung Solidariti DSN berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bapanya tidak pernah mahu menyusahkan parti mahupun rakyat dan semua sumbangan yang diberikan adalah atas dasar sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

“Tiada paksaan atau kewajipan kepada sesiapa untuk menyumbang,” katanya.

Nooryana Najwa berkata, beliau sekeluarga ketika melawat bapanya semalam turut mendengar sendiri luahan Najib mengenai sokongan yang diterima daripada orang ramai.

“Semalam, ketika kami sekeluarga melawat beliau, DSN berkali-kali berkata betapa tersentuhnya hati melihat orang ramai sanggup menyumbang,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak atas doa, sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya.

Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan UMNO susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib pada 18 September lalu.

Keputusan itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Tabung berkenaan dilaporkan menerima sumbangan lebih RM1 juta setakat pagi semalam, selepas dilancarkan sehari sebelumnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×