KUALA LUMPUR: “Harap saya tidak bermimpi!”
Demikian reaksi pelakon, Tiz Zqyah sebaik sahaja mengetahui band Rock antarabangsa, Evanescence mengikutinya di Thread.
Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak turut menunjukkan bukti dengan berkongsi tangkap layar mengenai perkara itu.
“Terima kasih evanescenceofficial, harap saya tidak bermimpi! Lebih lantang demi kemanusiaan!” Katanya dalam Thread.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 37 tahun itu mendapat satu kejutan lagi apabila band tersebut turut mengikutinya di Instagram.
Sementara itu, Tiz Zaqyah berkata dia tidak dimaklumkan bahawa kumpulan berkenaan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur November ini.
“Instagram pun Evanescence ‘follow’.
“Apa yang menyedihkan adalah, Saya tidak tahu mereka akan datang November ini dan saya tidak punya tiket untuk hadir,” katanya lagi.-UTUSAN











