Kebakaran hutan di Bandar 16 Sierra 

Kebakaran hutan di Bandar 16 Sierra 

HUTAN seluas kira-kira dua ekar di Bandar 16 Sierra, Puchong, terbakar pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hutan seluas kira-kira dua ekar di Bandar 16 Sierra, Puchong, terbakar pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.16 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikerahkan ke lokasi dan tiba pada pukul 10.31 pagi.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas kira-kira dua ekar.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi turut dibantu anggota dari BBP Dengkil dan BBP KLIA, membabitkan keseluruhan 18 anggota serta lima jentera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×