Majikan, tiga entik Rohingya direman bantu siasatan kes bunuh

Majikan, tiga entik Rohingya direman bantu siasatan kes bunuh

SUSPEK dibawa Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang majikan tempatan bersama tiga etnik Rohingya termasuk seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki etnik berkenaan berusia 18 tahun di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam Taman Desa Kujid, di sini, malam tadi.

Perintah reman terhadap semua suspek berusia antara 25 tahun hingga 40 tahun itu bermula esok dan dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Keempat-empat suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sementara itu, sumber memberitahu, dalam kejadian malam tadi, polis menerima maklumat kira-kira pukul 10.30 malam berhubung kematian mangsa di rumah kongsi berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada leher dan dipercayai dibunuh menggunakan objek tajam.

“Dua suspek, masing-masing majikan tempatan dan seorang lelaki Rohingya, ditahan di lokasi kejadian. Dua lagi suspek, iaitu seorang wanita dan seorang lelaki Rohingya, ditahan di Selising, Pasir Puteh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×