Akhirnya ramai buka mata potensi lakonan Zarif Ghazzi - Utusan Malaysia

Akhirnya ramai buka mata potensi lakonan Zarif Ghazzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebelum ini mungkin masih ada yang belum benar-benar yakin dengan potensi Zarif Ghazzi sebagai seorang pelakon, nampaknya drama bersiri yang kemudiannya diangkat ke layar lebar, Kudrat 1968, berjaya mengubah persepsi itu.

Watak utama yang digalas Zarif bukanlah tanggungjawab kecil. Namun, melihat cara dia membawa karakter berkenaan, Cik Bunga boleh katakan, Zarif semakin menunjukkan kematangan dan kemampuan yang selama ini mungkin belum terserlah sepenuhnya.

Tahniah Zarif! Cik Bunga sendiri cukup mengenali dedikasi Zarif setiap kali diberikan tanggungjawab untuk menggalas sesuatu watak. Dia bukan jenis pelakon yang sekadar datang, hafal skrip, kemudian selesai. Sebaliknya, komitmennya terhadap watak dan kerja memang wajar dipuji.

Lebih menarik, Zarif juga antara artis yang tahu membawa diri. Tidak perlu kontroversi pelik-pelik atau mencipta drama di luar set semata-mata untuk memastikan namanya terus disebut.

Bagi Cik Bunga, perkara itu penting. Dalam industri seni, bakat memang menjadi taruhan utama, tetapi sikap, disiplin dan cara seseorang membawa diri juga boleh menentukan sejauh mana perjalanan kariernya.

Jadi, jika Kudrat 1968 menjadi titik yang membuka mata ramai terhadap kemampuan Zarif. Cik Bunga harap ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi permulaan kepada lebih banyak watak besar selepas ini.

Teruskan bekerja keras, Zarif. Nampaknya potensi yang selama ini ada, akhirnya semakin jelas kelihatan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×