Dewan Perwakilan AS lulus sekatan baharu ke atas Russia - Utusan Malaysia

Dewan Perwakilan AS lulus sekatan baharu ke atas Russia

DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS) lulus rang undang-undang sekatan baharu ke atas Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Wakil-wakil rakyat  Amerika Syarikat (AS) meluluskan sekatan baharu secara meluas yang bertujuan memberi tekanan kepada Russia berhubung perangnya di Ukraine pada Rabu.

 Rang undang-undang itu yang dilulus itu akan dihentar kepada Presiden Donald Trump  untuk ditandatangani selepas tertangguh selama beberapa bulan.

Dewan Perwakilan AS yang dikuasai parti Republikan meluluskan pakej itu dengan undian 262-159.

Ia  sekali gus memberikan kelulusan akhir Kongres AS  kepada usaha perundangan AS paling besar terhadap Moscow sejak Trump kembali memegang jawatan.

Trump berkata, beliau akan menandatangani rang undang-undang  itu, yang diluluskan Dewan Senat dengan undian 86-11 bulan lalu.

Perundangan itu menyasarkan sektor tenaga dan pertahanan Russia, Presiden Vladimir Putin dan pegawai kanan lain, selain apa yang disebut Moscow sebagai armada kapal tangki ‘bayangan’ yang digunakan untuk mengelak sekatan Barat.

Ia juga memberi kuasa kepada Trump untuk mengenakan tarif sehingga 100 peratus ke atas pembeli utama minyak dan gas Russia  termasuk kemungkinan China dan India dalam usaha menyekat hasil yang digunakan untuk membiayai perang Moscow.

Bagaimanapun, kuasa tarif yang meluas itu mencetuskan perpecahan luar biasa dalam kalangan anggota parti Demokrat, yang secara amnya menyokong Ukraine tetapi enggan memberikan Trump kuasa lebih besar berkaitan perdagangan.

Rang undang-undang itu turut menyasarkan syarikat dan pihak asing yang menyokong tentera Russia, selain melanjutkan sekatan berkaitan Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×