Rasuah JPJ : Dua termasuk pemilik syarikat pula ditahan

Rasuah JPJ : Dua termasuk pemilik syarikat pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi individu yang terdiri daripada pemilik syarikat dan broker kereta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak kerana terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan.

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 4 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak.

Sumber berkata, tahanan reman ini adalah susulan pembongkaran SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan bagi menukar status hak milik.

“Perintah reman selama tujuh hari sehingga 21 September ini dikeluarkan Majistret S. Evangelin terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sivil (2) Ipoh, Perak, pagi tadi,”katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×