Banjir Perak: 76 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Changkat Larah

Banjir Perak: 76 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Changkat Larah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 76 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Changkat Larah, Kamunting di Larut Matang dan Selama berikutan banjir, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 76 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 69 orang pada 4 pagi, manakala jumlah keluarga terjejas kekal 24 keluarga.

“Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air atau terputus hubungan susulan paras air sungai yang tinggi akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat telah mengarahkan penyelarasan, bantuan dan kerjasama semua jabatan dan agensi untuk membuka sebuah PPS pada 8.30 malam tadi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×