Keluarga Rohingya bentang permaidani di kaki lima, hidup gelandangan di Bandar Baru Uda - Utusan Malaysia

Keluarga Rohingya bentang permaidani di kaki lima, hidup gelandangan di Bandar Baru Uda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sembilan sekeluarga Rohingya termasuk seorang bayi dikesan hidup gelandangan di kaki lima bangunan pejabat di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda di sini.

Seorang kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Ira berkata, keluarga berkenaan termasuk seorang wanita dewasa yang sedang hamil bersama lapan anaknya termasuk seorang bayi didapati menginap di kawasan itu sejak seminggu lalu.

Katanya, kehadiran mereka menimbulkan gangguan kepada orang ramai yang berurusan di bangunan pejabat itu.

“Mereka membentangkan permaidani di kaki lima. Kanak-kanak membuat bising dan bermain di situ. Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sesuai terhadap keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, kehadiran keluarga berkenaan di lokasi berkenaan juga tular menerusi akaun Facebook (fb) Pasal Johor ‘x’ di pautan https://www.facebook.com/share/p/1C9GMx3hwL/ hari ini.

Seorang netizen, Omar Amat menyatakan, Jabatan Imigresen Johor (JIM) seharusnya bertindak tegas.

Pada 24 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan sebuah keluarga etnik Rohingya didapati bergelandangan di beberapa tempat awam di sekitar Larkin di sini hingga kehadiran mereka menjejaskan keselesaan ramai.

Seorang penduduk Larkin menyatakan keluarga berkenaan bergerak di merata tempat sejak lebih dua bulan lalu termasuk ‘menghuni’ di taman permainan kanak-kanak, kawasan rumah kedai dan berhampiran sebuah surau sebelum ini.

Bagaimanapun sebelum diambil tindakan keluarga itu akan berpindah ke kawasan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×