PH jangan ambil mudah pendirian UMNO

PH jangan ambil mudah pendirian UMNO

KENYATAAN keras Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengambil mudah pendirian parti itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan keras Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026 disifatkan sebagai amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengambil mudah pendirian parti itu.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago berkata, kenyataan tersebut turut menunjukkan UMNO mempunyai kekuatan dan pendirian tersendiri dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, dua mesej itu jelas menjadi isyarat kepada Anwar bahawa UMNO tidak boleh dipandang ringan dalam menentukan hala tuju politik kerajaan.

“Jelas beliau memberi amaran kepada Perdana Menteri supaya jangan mengambil mudah pendirian UMNO dan membubarkan Parlimen dengan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengemukakan dua pilihan, sama ada mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dengan segera atau mengeluarkan Barisan Nasional (BN) daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mencabar pihak berkenaan supaya memenuhi gesaan UMNO agar mandat dikembalikan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Charles berkata, UMNO sepatutnya sedar bahawa isu berkaitan rakyat seperti peningkatan kos sara hidup dan beban kehidupan perlu diberikan perhatian lebih serius.

“Bagi saya, isu rakyat kurang diberi perhatian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026. Antaranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kos kehidupan yang semakin tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×