Anwar terima penghormatan tinggi Mufti India

Anwar terima penghormatan tinggi Mufti India

ANWAR Ibrahim bersama Sheikh Abubakr Ahmad dalam dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan tinggi apabila dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr di Kerala, India.

Berkongsi perkara itu di Facebook miliknya, Perdana Menteri menerima anugerah itu dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang dianjurkan Markaz Saquafathi Sunniya di ibu pejabatnya di Kerala malam tadi.

Perdana Menteri berkata, dalam majlis meraikan beliau dan delegasi Malaysia itu menghimpunkan ulama-ulama kehormat dari Kerala dan kira-kira 2,000 penuntut ilmu yang dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.

“Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. 

“Saya menerima anugerah ini dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan dan pencinta ilmu yang telah mencurahkan bakti serta jiwa dan raga dalam menyebarkan dakwah untuk mengangkat martabat umat,” katanya hari ini.

Perdana Menteri juga memberi jaminan Malaysia akan terus menyokong usaha keilmuan termasuk majlis khatam dan pengajian kitab hadis.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis. 

“Semoga ikhtiar ini memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kerala, menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan umat yang teguh imannya, luas ilmunya dan luhur akhlaknya,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×