Dua remaja lelaki terperangkap kejadian kepala air selamat

Dua remaja lelaki terperangkap kejadian kepala air selamat

DUA remaja lelaki yang terperangkap dalam kejadian kepala air diselamatkan bomba dalam kejadian pada pukul 5.03 petang tadi di di kawasan perkelahan Sungai Bill, Slim River, Tanjung Malim hari ini. - FOTO IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Dua remaja lelaki berumur 17 tahun selamat dalam kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Bill, Slim River di sini dalam kejadian kira-kira pukul 5.03 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua remaja tersebut terperangkap di seberang sungai ekoran kejadian tersebut.

“Ketua operasi melaksanakan proses penilaian awal secara berterusan di tempat kejadian seterusnya konsep SAVER dengan mengarahkan anggota memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) dan mencari laluan hutan untuk ke lokasi mangsa.

“Anggota berjaya menemui mangsa sebelum mengiringi mereka keluar mengikut laluan hutan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setelah selamat keluar dari hutan, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×