KUALA LUMPUR: “Keadaan itu menyedihkan saya.”
Itu kata pelakon, Sweet Qismina yang mengakui belum bersedia menghadapi detik ibunya, Misnah Atan.
Sweet berharap dan berdoa agar ibunya dipanjangkan usia supaya mereka dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.
“Tengok orang keliling mama pergi satu per satu, keadaan itu menyedihkan saya.
“Ya Allah bagilah kekuatan buat mama ku, dan juga, panjangkanlah umur mama ku, saya belum bersedia,” katanya dalam Threads.
Perkongsian tersebut dibuat Farhanna Qismina Supandi selepas menulis panjang mengenai ibu pelakon Elfira Loy yang meninggal dunia hari ini.
“Keikhlasan hati Aunty yang membawa kami dalam dunia seni. Ya, ibu kepada Elfira Loy. Kalau bukan sebab aunty ajak mama pergi uji bakat teater 20 tahun lepas, sweet tak ada kat sini.
“Saya masih ingat saat mama pergi tanya aunty macam mana nak masuk industri, dan ada mula berkongsi apa yang anda tahu. Anda memberi tunjuk ajar kepada kami tentang menjadi yang terbaik dalam industri.
“Kebaikan anda tak ada orang boleh ganti. Kami tidak akan lupa. Akan sentiasa mengingati anda. Terima kasih Aunty Filzah untuk nasihat-nasihat yang baik. Saya mengagumi anda dan mama. Dua wanita yang kuat untuk membesarkan anak-anak mereka.
“Terima kasih kerana jadi penguat mama masa nak membesarkan anak-anak. Terima kasih kerana tak pernah lupa kami,” kongsinya. – UTUSAN










