Penunggang motosikal maut dihempap lori terbabas - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dihempap lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun maut selepas dihempap sebuah lori yang terbabas di Kilometer 116, Jalan Johor Bahru-Melaka, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Senggarang menuju ke Tanjung Laboh.

“Ketika tiba di lokasi, penunggang motosikal yang berada dalam laluannya secara tiba-tiba terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dari arah bertentangan yang dipercayai telah hilang kawalan pemanduan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal iaitu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Shahrulanuar Mushaddat, pemandu lori iaitu seorang lelaki lelaki tempatan berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian punggung.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×