Separuh glasier dunia bakal lenyap menjelang 2100

Separuh glasier dunia bakal lenyap menjelang 2100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Hampir separuh daripada glasier dunia berisiko lenyap menjelang 2100 jika pemanasan global kekal pada paras 1.5 darjah Celsius.

Kebimbangan itu didedahkan menerusi Global Glacier Extinction Explorer, peta interaktif yang dibangunkan saintis dari ETH Zurich dan Vrije Universiteit Brussel bagi menunjukkan nasib glasier di seluruh dunia akibat perubahan iklim.

Menerusi peta berkenaan, pengguna boleh menggunakan fungsi ‘zoom’ ke kawasan tertentu untuk melihat sama ada sesebuah glasier dijangka lenyap pada tahap pemanasan global yang berbeza.

Peta itu turut memberikan anggaran masa bila glasier berkenaan mungkin lenyap.

Saintis, Dr Lander Van Tricht, berkata angka berkaitan kehilangan jisim dan keluasan glasier pada skala global mungkin sukar difahami kerana sifatnya yang abstrak.

“Melalui laman sesawang ini, orang ramai boleh zoom masuk ke lembah atau kawasan pegunungan mereka sendiri dan melihat kesan tahap pemanasan global yang berbeza terhadap glasier yang mereka kenali,” katanya.

Peta berkenaan berdasarkan unjuran penyelidik ETH Zurich pada 2024 yang menganggarkan bila dan di mana glasier di seluruh dunia mungkin lenyap.

Unjuran itu menunjukkan kira-kira 2,000 glasier boleh hilang setiap tahun sekiranya pemanasan global dihadkan pada 1.5 darjah Celsius.

Menjelang 2100, keadaan itu bermakna hanya separuh daripada jumlah glasier yang ada hari ini mungkin kekal.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih buruk apabila suhu global meningkat. J

Jika pemanasan mencapai 2.7 darjah Celsius, hanya kira-kira 20 peratus glasier dijangka kekal menjelang 2100, manakala pemanasan sehingga empat darjah Celsius akan menyebabkan hanya 10 peratus glasier bertahan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×