NEW DELHI: Presiden Russia, Vladimir Putin diundang untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyampaikan undangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu ketika pertemuan dua hala di sini hari ini.
Pada penghujung pertemuan, saya menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Presiden Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.
“Insya-Allah, lawatan ini kelak akan membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Rusia yang semakin erat, matang dan saling menguntungkan,” katanya dalam hantaran Facebook.
Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.
Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.
Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.










