Syed Saddiq minta petua rumah tangga Tun M, Tun Hasmah

Syed Saddiq minta rahsia rumah tangga daripada Tun M, Dr. Hasmah

SYED SADDIQ Syed Abdul Rahman menghantar jemputan perkahwinan kepada Dr. Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohd. Ali.-THREADS SYED SADDIQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang hari bahagianya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapatkan petua rumah tangga daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Syed Saddiq berkongsi momen tersebut menerusi hantaran di Threads selepas beliau menyerahkan sendiri kad undangan perkahwinannya kepada pasangan berkenaan.

Beliau menyifatkan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah sebagai antara tetamu paling istimewa dalam senarai undangan kerana merupakan pasangan paling senior yang bakal hadir pada majlis perkahwinannya.

“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati!

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan beberapa keping gambar beliau bersama Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut mendoakan agar urusan Syed Saddiq menuju alam perkahwinan dipermudahkan.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella, 32, mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan di aras 118, Menara Merdeka Maybank di sini, pada 10 Oktober depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×