Dakwaan senjata kimia dedah penglibatan Israel di Sudan - Utusan Malaysia

Dakwaan senjata kimia dedah penglibatan Israel di Sudan

PENDUDUK berkumpul untuk membersihkan serpihan di kawasan kompleks sebuah masjid yang terkena serangan dron di kawasan El-Droshab, Khartoum Utara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Pada hujung ming­gu lalu, New York Times dan Washington Post melaporkan mengenai himpunan bukti yang memperincikan dakwaan penggunaan senjata kimia oleh Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan penglibatan Israel dalam perang di Sudan.

Bukti-bukti dikongsi oleh sebuah agensi perisikan Asia Barat itu mengandungi imej, dokumen dan mesej yang dipintas antara pegawai tentera Sudan,.

Ia mendedahkan bagaimana tentera Sudan membangunkan dan menghasilkan senjata kimia selama enam bulan pada 2024.

Beberapa sumber Sudan dan Amerika Syarikat (AS) memberitahu Middle East Eye, agensi perisikan Asia Barat itu ialah dari Israel.

Bukti yang dikongsikan kepada media itu turut  mempunyai persamaan ketara dengan dokumen yang diserahkan Israel kepada kerajaan AS sebelum negara itu mengenakan sekatan terhadap Pemimpin SAF, Abdel Fattah al-Burhan pada Januari 2025.

Bukti itu mendedahkan sebuah unit rahsia SAF yang berperang dengan kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak April 2023,. Unit itu menghasilkan bom klorin untuk digunakan terhadap musuhnya.

Menurut New York Times, sebahagian besar bukti itu melibatkan hampir 150 dokumen, pelan reka bentuk bom, imej, video dan rakaman suara, selain beberapa ribu mesej teks dipercayai daripada telefon bimbit pegawai kanan Sudan.

Seorang bekas pegawai AS menyifatkan pemintasan sejumlah besar mesej itu sebagai ‘iklan untuk Pegasus’, iaitu perisian pengintipan yang dibangunkan firma perisikan siber Israel, NSO Group untuk menyusup masuk ke telefon bimbit.

“Perkara yang mengejutkan ialah sejauh mana Mossad (agensi perisikan Israel) menjejaki perkara ini.

“Kami tahu Mossad mempunyai kepentingan di Sudan tetapi tahap, kedalaman dan tempoh pengawasan itu menunjukkan Israel lebih terbabit di Sudan daripada apa yang kita sangkakan,” kata seorang penganalisis keselamatan Sudan yang enggan dinamakan kepada MEE.

Dalam mesej yang dipintas itu, Pegawai Kanan SAF, Jeneral Tariq Hussain menjelaskan, gas maut itu boleh dijadikan senjata untuk mendapatkan kelebihan dalam pertempuran bagi menguasai Khartoum, menurut laporan New York Times.

Mulai Julai 2024, sebuah kilang dilaporkan memasang prototaip bom klorin, dengan ujian dijalankan di kawasan gurun Sudan. Menurut bukti itu, Tariq melaporkan mengenai pengimportan 20 silinder klorin dari Mesir, yang menyokong SAF sepanjang perang berkenaan.

Kerajaan Sudan berkata, pihaknya mengambil langkah dengan kerjasama AS selepas dakwaan itu timbul dan pihak Wasington tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×