Pemuda UMNO gesa jangan politikkan kuasa pengampunan 

Pemuda UMNO gesa jangan politikkan kuasa pengampunan 

MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan tidak mempolitikkan kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Salleh berkata, pihaknya akan terus berpegang kepada saluran undang-undang dan Perlembagaan dalam menangani perkara berkenaan.

Katanya, Pemuda UMNO Malaysia mengambil maklum serta menjunjung kasih atas keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Pemuda UMNO menghormati keputusan untuk menangguhkan pertimbangan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak  ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Akmal, kuasa pengampunan diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, proses berkenaan mesti dihormati sepenuhnya tanpa sebarang tekanan, desakan atau campur tangan politik daripada mana-mana pihak.

“Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada saluran undang-undang dan Perlembagaan. Kami menyeru semua pihak agar menghormati proses ini dan tidak mempolitikkan kuasa pengampunan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×