Bedah siasat lima mangsa nahas helikopter BO-105 selesai

Mangsa nahas helikopter maut akibat kecederaan melecur

MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses bedah siasat terhadap lima mangsa nahas helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOLport Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, telah selesai.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri itu selesai kira-kira pukul 7.30 semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah akibat kecederaan melecur teruk susulan nahas helikopter.

“Buat masa ini, jasad mangsa masih belum diserahkan kepada keluarga kerana pihak polis sedang menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengesahan,” katanya ketika dihubungi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×