Saya tidak pernah digam stesen TV – Fauzi Nawawi - Utusan Malaysia

Saya tidak pernah digam stesen TV – Fauzi Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON, Fauzi Nawawi tidak digam stesen televisyen (TV) setelah menceritakan secara terbuka babak rogol pelakon Raja Farah, 38, dalam sebuah rancangan TV.
Cuma pada ketika itu, beliau menerima kecaman teruk dan kutukan masyarakat yang marah dengan pengakuan beraninya itu.

“Tidak pernah terima surat rasmi yang menyatakan saya digam stesen TV. Malah ada program TV yang panggil saya selepas saya dikecam kerana perkara itu.

“Dan sebenarnya saya masih ditawarkan berlakon selepas kejadian itu. Cuma waktu itu saya mengambil keputusan untuk bertukar bidang, menjalankan perniagaan bagi kelangsungan hidup.
“Tapi, sebagai pelakon, saya lari ke mana pun, pasti akan berpatah balik ke dalam bidang lakonan,” katanya.

Mengimbau semula perkara itu, Fauzi mengakui babak tersebut tidak sepatutnya dibuat dan kemudian diceritakan semula dalam program berkenaan.

“Saya terkejar-kejar hendak balik Melawati, namun ditahan pengacara yang meminta saya menceritakan semula babak tersebut.

“Bila pulang ke pangkuan keluarga, isteri dan anak-anak memaklumkan babak tersebut tidak sepatutnya diceritakan semula.

“Saya sudah terlanjur kata dan saya akui menyesal dengan perbuatan tersebut,” katanya lagi.

Pelakon yang berasal dari Pantai Remis, Perak ini juga memaklumkan isterinya yang juga pelakon Lisdawati ada memberi nasihat mengenai perkara itu.

“Dia cuma nasihatkan saya agar berhati-hati bila mengeluarkan komen kerana kita tidak tahu penerimaan orang macam mana.

“Pandangan kita bukan semuanya betul. Kalau berani bagi pandangan, beranilah juga menanggung akibatnya,” jelasnya.

Fauzi menggunakan khidmat pengurus untuk membantu membuat pilihan watak dan jalan cerita yang ditawarkan kepadanya.

“Kami sama-sama akan tengok, sama ada jalan cerita itu tidak keterlaluan untuk saya lakonkan dan sesuai dengan usia saya,” kongsinya.

Pelakon aksi ini mengakui kejadian itu meninggalkan kesan dan mengajar banyak perkara tentang kehidupan.

“Saya tidak akan ulang perbuatan saya yang dahulu. Saya sudah terima pengajarannya, cukuplah.

“Perkara yang lepas, biarlah berlalu. Saya bukan orang yang baik, tapi sebagai manusia, saya perlu perbaiki diri setiap hari. Apa yang berlaku tujuh tahun lalu menjadi pengajaran bagi saya,” ujarnya.

Kuala Lumpur – Majlis pertunangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi di Setapak Ria Condominium Jalan Genting Klang,Semalam . Gambar Digital : Siti zubaidah (Pelatih Peretak) . Pemberita : Elrafaei (hiburan Kosmo) .
NOTA
TERBITAN
KOSMO
ISNIN
30 OKTOBER 2006
MUKA 44

KEGAWATAN EKONOMI DAN BANGKIT DARI KEMELESETAN

Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi yang kini berusia 53 tahun bermula dalam dunia lakonan dengan menjadi pelakon ekstra dan hanya menerima bayaran sedikit untuk menampung kehidupan.

“Saya di awal dulu masuk ke dalam bidang lakonan secara tidak sengaja. Saya bernula sebagai pelakon lagak ngeri dan ekstra.

“Pada tahun 1996 dulu, pelakon ekstra hanya dibayar antara RM30 sehingga RM40 satu hari berbanding sekarang yang pelakon tahap itu dibayar RM100 hingga RM150 untuk satu hari. Hampir satu tahun lebih saya ‘merangkak’ dalam industri seni untuk mencipta nama,” katanya.

Dalam Fauzi menerima tawaran menjadi pelakon utama, ketika itulah kegawatan ekonomi melanda negara, mengakibatkan ramai anak seni terkesan dan terpaksa mencari apa sahaja pekerjaan untuk survival.

“Ketika itu nasib pekerja drama dan filem bagai jatuh ditimpa tangga. Tapi saya terpaksa mencari rezeki dengan melakukan kerja belakang tabir dan melakukan pelbagai jenis perniagaan semata-mata untuk bertahan.

“Waktu itu susah. Dulu belum ada media sosial yang boleh menjana pendapatan atau perniagaan. Dulu ada Myspace dan Facebook.
“Jadi kais pagi, makan pagi. Kalau tidak kais, tidak makanlah saya.

“Pada tahun 2000, saya berpatah balik ke dunia lakonan, bermula semula melakonkan watak ekstra, menerima watak utama pertama saya dan kemudian menubuhkan pasukan pelakon lagak ngeri untuk filem antaranya Syaitan, Rempit dan Man Laksa,” ujarnya.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2011- Fotografi pelakon Teater Semerah Padi, Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Opie Zami di Istana Budaya Jalan Tun Razak semalam. Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAH / Pemberita: TG SUZANA / OPIE (Hiburan KOSMO! Ahad)
NOTA
TERBITAN
KOSMO
BINTANG
25 DISEMBER 2011
AHAD
MUKA 38
***archived by KNK

 

KAMI BERCERAI ATAS KEKHILAFAN SAYA

Kini masuk dua dekad perkahwinan Fauzi dan Lisdawati selepas keduanya disatukan pada September, 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun sebelum itu, Fauzi pernah mendirikan rumah tangga dan juga dikurniakan empat anak.

“Perkahwinan itu bertahan sembilan tahun, kami dikurniakan empat cahaya mata. Kemudian kami bercerai atas kekhilafan saya sendiri. Saya anggap jodoh tidak panjang.

“Puncanya saya tidak mampu menyediakan tempat tinggal selesa, tidak mampu memberi nafkah yang mencukupi, pendapatan juga tidak menentu.

“Bekas isteri sudah berumah tangga dan hubungannya dengan Lisdawati, sangat baik. Mereka boleh duduk semeja dan sebagainya,” kongsinya.

ORANG PERANG

Bercakap mengenai filem terbaharunya, Orang Perang hasil arahan Hashim Rejab, Fauzi menggalas peranan sebagai Inspektor Syed Zainal iaitu watak pemimpin pasukan Jungle Squad.

Fauzi meluahkan rasa bangga kerana diberi kepercayaan melakonkan watak yang pernah hidup di zaman pemberontakan komunis.

“Dia orang yang bertanggungjawab menubuhkan skuad Senoi Praaq. Saya tidak berkesempatan untuk berjumpa keluarganya, cuma mendapat cerita daripada pengarah dan penerbit.
“Watak ini tidaklah mencabar kerana ia tidak jauh berbeza dengan watak-watak kepolisan yang saya bawakan sebelum ini.

“Bermula dengan filem Polis Evo, kemudian sebuah naskhah berbahasa Cina dan dalam filem Kudrat juga saya melakonkan watak seorang inspektor polis.

“Cuma mungkin saya terpaksa pelbagaikan daripada segi intonasi bagi setiap karakter polis yang saya lakonkan agar ia tidak sama,” katanya.

Fauzi berkata, Syed Zainal adalah watak istimewa dan tegas ketika berhadapan orang asli.

“Syed Zainal ini memiliki ketegasannya lebih-lebih lagi berdepan dengan Orang Asli.

“Cabarannya lebih kepada memujuk Orang Asli agar tidak terpengaruh dengan komunis dan meyakinkan mereka untuk menganggotai polis hutan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×