KUALA LUMPUR: Kehadiran barisan kepimpinan Pas ke Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 hari ini membawa mesej jelas mengenai hasrat penyatuan dua parti politik terbesar umat Islam itu.
Pas diwakili Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman.
Turut hadir sebagai tetamu khas Presiden UMNO ialah Nik Abduh Nik Aziz.
Kehadiran wakil Pas pada PAU 2026 kali ini disifatkan membawa mesej jelas mengenai hasrat perpaduan antara kedua-dua parti.
Penyatuan itu diyakini mampu memberikan manfaat besar kepada ummah.
Sebelum ini, hubungan antara UMNO dengan Pas kembali mendapat perhatian susulan usaha menggerakkan agenda penyatuan ummah.-UTUSAN










