NASRAWATI SYARIFUDDIN

Pendaki Croatia terjatuh di Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun 

PASUKAN Bomba membawa turun mangsa dari Gunung Kinabalu ke Pintu Timpohon sambil menempuh laluan mencabar. IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya membawa turun seorang pendaki warga Croatia yang terjatuh di Gunung Kinabalu selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, di sini semalam. 

Mangsa, Mauro Persic, 46, cedera di bahagian kaki, tangan dan tulang rusuk kanan diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan sebaik tiba di Pintu Timpohon. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, mangsa dilaporkan terjatuh di kawasan tebing curam Gunung Kinabalu pada 6 September lalu sebelum operasi SAR dilancarkan sejauh 21 KM (kilometer) susulan panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.10 petang.

“Selepas lima hari pendakian, anggota bomba berjaya menemui mangsa dan bertindak membawa mangsa turun secara bergilir-gilir sambil menempuh laluan mencabar. 

“Proses membawa mangsa dilakukan menggunakan kaedah dukung dengan bantuan alat pengusung badan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rantey berkata, perjalanan membawa turun mangsa turut berdepan cabaran apabila hujan turun ketika pasukan berada kira-kira 1.8 kilometer dari Platform Kilometer 6.5.

Bagaimanapun, katanya, pasukan SAR meneruskan usaha membawa mangsa turun sehingga selamat tiba di Pintu Timpohon.

“Mangsa yang cedera di bahagian kaki, tangan dan tulang rusuk kanan kemudian dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans KKM pada pukul 7.22 malam dengan diiringi kenderaan polis bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kesemua anggota SAR turut tiba di Pintu Timpohon dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8 malam,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×