Sukan Asia: Menang emas MABA hadiahkan rumah

Sukan Asia: Menang emas MABA hadiahkan rumah

LEE Tian Hock (tengah) bersama pemain bola keranjang negara yang akan membawa cabaran Malaysia di Sukan Asia 2026. - IHSAN PERSATUAN BOLA KERANJANG MALAYSIA (MABA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: kuad bola keranjang negara bakal menikmati ganjaran luar biasa apabila setiap pemain yang meraih pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya Jepun 2026 ditawarkan seunit pangsapuri serta insentif tunai.

Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, atlet yang meraih emas akan diberikan RM50,000 dan pangsapuri bernilai lebih RM400,000 yang sedang dalam pembinaan di Puchong, Selangor.

Katanya, pihaknya tidak hanya menyediakan ganjaran untuk emas sahaja kerana untuk pingat perak insentif RM20,000 disediakan, manakala untuk gangsa pula atlet akan menerima sebanyak RM10,000.

“Untuk ganjaran ini, kita bukan sahaja sediakan untuk atlet. Jurulatih juga akan menerima imbuhan, malahan kita gandakan. Kalau atlet dapat RM50,000, jurulatih akan dapat RM100,000. rumah juga jurulatih akan dapat.

“Insentif berkenaan sebagai pembakar semangat tambahan buat pemain dan tenaga kejurulatihan dalam usaha merealisasikan impian MABA untuk memburu pingat di Sukan Asia Aichi-Nagoya Jepun 2026.

“Untuk edisi kali ini, MABA sasarkan untuk meraih satu pingat gangsa menerusi kategori tiga lawan tiga lelaki. Untuk kategori wanita, saingan agak sengit. Namun, kita mahu mereka buatkan yang terbaik,” katanya.

Untuk acara tiga lawan tiga lelaki, Malaysia akan diwakili oleh Lim Ting Xuan, Pan Zheng Hao, Te Yi Hang dan Chong Zhen Yang, manakala kategori wanita dianggotai, Erica Ng Mun Shuen, Tan Sammi, Elaine Chong Hui Lin dan Low Ler Yee.

Selain acara tiga lawan tiga, skuad bola keranjang negara turut menghantar penyertaan dalam acara lima lawan lima wanita.

Dengan ganjaran sebuah kediaman sebagai taruhan, skuad negara kini dijangka tampil lebih bersemangat bagi membawa pulang sesuatu yang bermakna buat diri mereka dan buat negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×