Operator kilang hilang kesemua jari tangan kiri

Operator kilang hilang kesemua jari tangan kiri

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan kiri seorang operator wanita yang tersepit dalam mesin grinder di Hospital Alor Gajah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang operator pengeluaran wanita syarikat memproses makanan kehilangan kesemua jari tangan kirinya selepas tersepit dalam mesin grinder ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kelemak, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, PBK I Hanizah Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.50 pagi sebelum sepasukan 10 anggota bersama tiga aset digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera tiba di tempat kejadian pada pukul 10.59 pagi dan mendapati tangan wanita berusia 25 tahun itu tersepit pada mesin grinder.

“Anggota pasukan kemudian berusaha mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan bius sebelum kerja-kerja membuka dan melepaskan tangan daripada mesin dapat dilakukan dengan selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, selepas prosedur bius selesai, pasukan penyelamat bertindak memutarkan semula mesin berkenaan ke arah bertentangan bagi membebaskan tangan mangsa.

“Hasil tindakan itu, tangan mangsa berjaya dilepaskan daripada mesin berkenaan dalam tempoh kurang lima minit.

“Namun kesemua jari tangan kiri mangsa hancur dan putus akibat kejadian itu sebelum pihak hospital meneruskan rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×