TEHERAN: Beberapa letupan dilaporkan berlaku awal Khamis di kawasan pesisir selatan Iran, termasuk Sirik, Minab dan Pulau Qeshm, menurut media Iran.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan beberapa kawasan di Sirik terkena projektil bermusuhan tanpa memberikan butiran lanjut.
Agensi berita Fars News Agency melaporkan letupan berlaku di Sirik, Minab dan Pulau Qeshm, memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata, bunyi letupan itu datang dari arah laut.
Pada Rabu, Fars melaporkan bunyi letupan dari laut kedengaran di kawasan selatan bandar Jask di Iran.
Serangan itu berlaku ketika ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) berhubung Selat Hormuz semakin memuncak, walaupun kedua-dua negara menandatangani memorandum pada Jun yang membayangkan satu perjanjian untuk membuka semula laluan perairan strategik itu sebagai langkah awal kepada perjanjian damai lebih menyeluruh. – AGENSI










