Doakan yang terbaik buat Najib - Nazifuddin

Doakan yang terbaik buat Najib – Nazifuddin

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Najib Razak meminta doa yang terbaik buat bekas Perdana Menteri itu susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijangka diadakan Jumaat ini.

Anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung proses berkenaan namun meminta doa terbaik buat bapanya.

“Tentulah kita mahu doakan yang terbaiklah,” ringkasnya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan Lembaga Pengampunan dijadualkan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi mendengar permohonan pengampunan bekas Ahli Parlimen Pekan yang kini menjalani hukuman penjara.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. pada Ogos 2022.

Terdahulu, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan tanpa memetik nama sesiapa menyatakan bahawa mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa terutama melibatkan kes-kes berprofil tinggi perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman ditetapkan mahkamah.

Katanya, sebarang keputusan dalam kes berprofil tinggi perlu mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan negara melaksanakan agenda memperkukuh tatakelola dan memulihkan keyakinan terhadap institusi negara.

“Proses kehakiman bagi kes yang sedang berjalan perlu diberi ruang untuk diselesaikan secara teratur dan bebas tanpa dipengaruhi sebarang pertimbangan lain.

“Beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini turut memberikan kesan besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Nazifuddin ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan Majlis Setiausaha PH itu, beliau enggan mengulasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×