Juruterbang maut, dua jet tempur Russia bertembung

Juruterbang maut, dua jet tempur Russia bertembung

GAMBAR fail sebuah jet tempur Su-35S milik Russia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Dua buah jet tempur milik Russia saling bertembung di ruang udara wilayah Kursk pada Isnin dengan salah seorang juruterbang disahkan terkorban dalam insiden berkenaan.

Menurut maklumat daripada sumber Russia menerusi aplikasi Telegram, Fighterbomber yang mempunyai hubungan rapat dengan sektor penerbangan ketenteraan memaklumkan bahawa dua jet tempur jenis Su-35S milik Russia bertembung di Kursk Oblast.

Beberapa jam kemudian, saluran Telegram yang sama melaporkan bahawa seorang juruterbang terbunuh dalam perlanggaran itu. Ia turut melaporkan seorang lagi juruterbang sempat melen­ting keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal dan me­ngalami kecederaan.

Setakat ini, masih tiada sebarang ulasan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Russia, manakala punca pertembungan itu belum dipastikan.

Jet tempur jenis Su-35S digunakan oleh Angkatan Tentera Russia bagi memintas kende­raan udara tanpa pemandu (UAV) dan peluru berpandu Ukraine. Ia juga digunakan untuk mengimbangi sistem pertahanan udara Angkatan Tentera Ukraine.

Berita kemalangan itu menyusul selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan penghentian serangan ke atas Ukraine selama 72 jam bermula dari tengah malam Sabtu.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh jurucakap Kremlin sempena ketibaan utusan khas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Moscow menjelang satu pertemuan rasmi. Utusan AS itu turut dijadualkan melawat Kyiv.

Semasa mengumumkan per­kara tersebut, jurucakap pre­siden Russia, Dmitry Peskov berkata, Putin selaku panglima tertinggi telah mengarahkan penangguhan serangan selama tiga hari ke atas Kyiv bermula tengah malam Sabtu.

“Langkah ini diambil berhu­bung rundingan dengan pihak AS yang sedang disediakan dan bakal berlangsung di Kyiv,” katanya.

Menurut portal media Uk­raine, Ua.news, Russia sebelum ini telah mensasarkan dan membedil beberapa bangunan penting di negara berkenaan pada 4 September.

Pihak media mendakwa dron milik Russia telah merempuh bangunan utama Perkhidmatan Keselamatan Ukraine di Kyiv, dan sebuah lagi bangunan milik agensi berkenaan di lokasi lain di bandar tersebut.

Jet Su-35S ialah pesawat pejuang pelbagai peranan ge­nerasi keempat buatan Russia yang dilengkapi dua enjin de­ngan keupayaan vektor tujahan.

Tentera Russia menggunakan jet Su-35S untuk memberikan perlindungan kepada pesawat serangan Su-34, menyokong pa­sukan darat, memintas dron dan peluru berpandu selain menyerang sistem pertahanan udara Ukraine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×