PETALING JAYA: Bekas menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji telah dibebaskan.
Suspek lelaki berusia 60-an itu dibebaskan sebaik tempoh reman terhadapnya tamat hari ini selepas direman selama tujuh hari.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan perkata tersebut.
Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN










