Baja lewat punca hasil padi merosot

Baja lewat punca hasil padi merosot

ASWADIL KHAIRI CHE OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Peladang Muda PPK MADA, Aswadil Khairi Che Omar berkata, kelewatan bekalan baja tidak boleh dianggap sebagai masalah kecil kerana kesannya ditanggung secara langsung oleh pesawah, khususnya ketika hasil tuaian padi kebelakangan ini sudah berdepan tekanan.

Katanya, kelewatan itu juga berpunca daripada faktor manusia dan bukannya perkara di luar kawalan se­perti keadaan cuaca terma­suk bencana alam.

Menurut beliau, para pe­tani yang terjejas dengan pembekalan baja sebatian tambahan atau baja tiga di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan isu ber­kenaan.

“Kami para peladang amat menghormati ketegasan itu dan mengharapkan siasatan secara terperinci dapat dilakukan sehinggalah sekiranya ada pengkhianat yang terlibat agar dibawa ke muka pengadilan.

“Ini kerana impak kelewatan baja ini amat teruk kepada pesawah sebab kita sedia maklum hasil tuaian padi dalam tempoh lima ke enam musim lalu agak merosot walaupun baja tidak terlalu lewat seperti kali ini,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Aswadil Khairi turut meng­gesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengkaji semula mekanisme pembe­kalan baja dan mengambil tindakan segera jika berlaku kegagalan memenuhi syarat ditetapkan.

“Keputusan lebih awal per­­lu diambil sekiranya didapati syarikat yang memperoleh tender tidak mampu memenuhi kontrak yang di­pe­rolehnya.

“Tetapi proses tanaman yang tidak mengikut jadual akan menyebabkan kesannya bukan sahaja kepada hasil timbangan padi tetapi pendapatan kami juga akan merosot teruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×