Empat gunung berapi meletus di Indonesia hari ini - Utusan Malaysia

Empat gunung berapi meletus di Indonesia hari ini

GUNUNG Semeru turut meletus pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA:  Sebanyak empat buah gunung berapi meletus pada waktu pagi hari ini di Indonesia.

Gunung Anak Krakatau, Gunung Ibu, Gunung Ili Lewotolok dan Gunung Semeru yang meletus itu  terletak di lokasi berbeza.

Gunung Anak Krakatau berada di Selat Sunda, Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur, manakala Gunung Ibu terletak di Halmahera Barat.

Gunung Anak Krakatau mula meletus lsejak malam Jumaat hingga Ahad. 

Abu vulkanik daripada Gunung Anak Krakatau telah tersebar dari Bengkulu hingga ke Jakarta.

“Gunung Anak Krakatau mengalami letusan pada Ahad, 6 September pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB),” menurut Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) dalam kenyataan hari ini.

Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara turut dilaporkan meletus pada Ahad.

ESDM merekodkan ketinggian kepulan letusan mencecah kira-kira 400 meter dari puncak, atau sekitar 1,725 meter dari aras laut.

Gunung berapi Ili Lewotolok di Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur, kembali mengalami beberapa siri letusan hari ini.

Letusan paling kuat berlaku pada pada pukul 6.41 pagi waktu tempatan, dengan kepulan abu dikesan mencapai ketinggian 600 meter di atas puncak, atau bersamaan 2,023 meter dari aras laut.

Gunung Semeru di Jawa Timur meletus pada jam 7.51 pagi waktu tempatan. 

Ketinggian kepulan abu gunung itu mencapai kira-kira 1,000 meter dari atas puncak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×