Larian tonjol identiti desa sawah padi

Larian tonjol identiti desa sawah padi

Larian sawah padi
LEBIH 6,000 peserta menyertai Wasiyyah Larian Sawah Padi Tanjong Karang 2026 yang dianjur dalam karnival yang berlangsung selama tiga hari dekat Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Kampung Sri Tiram Jaya di Tanjong Karang, Kuala Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Berlari sambil menikmati hidangan dan bermain permainan tradisional antara keunikan dialami lebih 6,000 peserta Wasiyyah Larian Sawah Padi Tanjong Karang 2026 dekat Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang, di sini.

Selain membawa tema tempatan, program yang dianjurkan kali keempat secara tahunan itu turut dianjur bersempena Hari Kemerdekaan Ke-69 apabila peserta turut mengenakan baju kurung, kebaya serta pakaian beridentiti tempatan.

Pengarah Pertubuhan Keusahawanan Sepakat Unggul Malaysia (PKSUM), Hanif Harun berkata, terdapat tiga kategori bagi acara tersebut iaitu lapan dan lima kilometer (km) serta marathon penuh 21km.

“Penghargaan saya kepada semua pihak termasuk penaja, semua pihak dan juga penduduk setempat yang mengambil bahagian bukan sahaja sebagai peserta malah turut terlibat secara langsung sebagai sebahagian daripada yang menjayakannya.

“Kita terima penyertaan bukan sahaja penduduk tempatan malah dari seluruh negara termasuk dari Singapura dan Brunei. Mereka bukan sahaja mahu menyertai sempena kemerdekaan, tetapi mahu melihat keindahan sawah padi di Tanjong Karang,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, gabungan elemen-elemen tersebut menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang menggabungkan kecergasan dengan rasa budaya, rasa, nostalgia dan kehidupan komuniti setempat.

Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wasiyyah  Ariffin Sabirin memberitahu, penganjuran larian itu turut memberi peluang ekonomi kepada peniaga dan pengusaha inap desa tempatan.

“Larian itu membawa mesej yang besar. Kami mahu orang ramai datang ke Tanjong Karang, merasai sendiri suasana sawah padi, mengenali masyarakat pesawah dan pada masa sama membantu menggerakkan ekonomi setempat.

“Apabila peserta datang dari luar mereka berpeluang menikmati makanan tempatan, mengenali budaya setempat, membeli produk tempatan serta meneroka kawasan sekitar. Di situlah kami melihat nilai sebenar acara ini kepada komuniti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×