Tekak kering, suara tak keluar - Rahim Omar - Utusan Malaysia

Tekak kering, suara tak keluar – Rahim Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peserta Kilauan Emas Selebriti 2026, Rahim Omar menjelaskan insiden dia terhenti menyanyi beberapa saat ketika persembahan minggu ketiga, semalam menyampaikan lagu Terharu nyanyian asal Sweet Charity bukan kerana terlupa lirik.

Namun kata Rahim, tekaknya tiba-tiba menjadi kering sehingga menyebabkan suara tidak dapat dikeluarkan di penghujung lagu itu.

“Tiba-tiba tekak saya terasa kering, bukan lupa lirik sebenarnya, tetapi suara itu tak keluar.

“Masa latihan semuanya okey. Tapi apabila persembahan sebenar, tiba-tiba tekak kering dan suara tak keluar dekat bahagian akhir,” katanya.

Mengakui sempat panik dengan situasi tersebut, Rahim bagaimanapun bersyukur dapat kembali mengawal persembahan selepas beberapa ketika.

“Panik juga, tiba-tiba suara tak keluar, saya fikir apa yang jadi.

“Lepas itu dapat ‘cover’ semula. Alhamdulillah, nasib baik juri pun ‘happy’,” ujarnya.

Keputusan minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dengan kesemua 10 peserta terselamat sekaligus dapat meneruskan saingan di minggu hadapan.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, manakala Naqiu tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×