SERDANG: Agrobank meneruskan momentum Kempen Mega Million 3.0 menerusi Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang cabutan bulanan bagi tempoh November 2025 hingga April 2026, sempena MAHA 2026.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, penyampaian hadiah tersebut merupakan penghargaan kepada pelanggan yang terus meletakkan kepercayaan kepada Agrobank dalam memenuhi keperluan kewangan mereka.
Majlis tersebut menyaksikan enam pemenang masing-masing membawa pulang sebuah Proton X50, iaitu Amurthavalli A/P Govindaraju , Radziah Binti Husain, Abu Khir Bin Walid, Mohamad Shahkir Fakhri Bin Mohd Sabri, Keng Tiang Chuan dan Tan Kam On.
“Mega Million 3.0 bukan sekadar menawarkan ganjaran kepada pelanggan, tetapi turut menggalakkan mereka membina tabiat simpanan dan merancang kewangan secara lebih konsisten.
“Melalui rangkaian produk yang ditawarkan, pelanggan dapat memenuhi keperluan kewangan masing-masing, di samping berpeluang menikmati ganjaran menerusi kempen ini,” katanya.
Kempen Mega Million 3.0 berlangsung mulai 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2026, dengan keseluruhan ganjaran bernilai lebih RM2.5 juta kepada pelanggan di seluruh negara.
Selain Proton X50, kempen ini turut menawarkan hadiah utama sebuah Ford Ranger Raptor, serta pelbagai ganjaran lain termasuk wang tunai, motosikal Modenas Elit, sijil simpanan AgroPrimaS dan kepingan emas.
Pelanggan berpeluang memperoleh mata penyertaan menerusi produk dan perkhidmatan Agrobank yang terpilih, antaranya AgroPrimaS, AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Motor Takaful dan Penulisan Wasiat, tertakluk kepada kriteria bagi setiap kategori cabutan.
Beliau turut berkata, sehingga kini beberapa produk seperti Ar-Rahnu, Hartani-i dan Takaful telah melepasi sasaran yang ditetapkan, mencerminkan sambutan positif daripada pelanggan.
“Kami percaya produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan turut berpotensi mencatat prestasi yang baik seiring dengan keperluan kewangan pelanggan yang pelbagai,” jelasnya.
Sementara itu, bagi meningkatkan lagi penyertaan pelanggan, Agrobank turut mengetengahkan Kempen Mega Million 3.0 sepanjang MAHA 2026.
Pelanggan yang menyertai Kempen Mega Million 3.0 sepanjang MAHA 2026 turut berpeluang menyertai Kempen Menang Motosikal Setiap Hari yang menawarkan hadiah berupa motosikal Y16 ZR dan Aveta Nova 200.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi Kempen Peluang Keemasan yang melibatkan pelanggan AgroGold Account-i, dengan dua pemenang, iaitu Indah Binti Santong dan Muhammad Khairul Anwar Bin Mohd Ariff, masing-masing membawa pulang sebuah Honda Vario 125 sebagai hadiah utama.
Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Mega Million 3.0, para pelanggan boleh berkunjung ke cawangan terdekat atau melayari laman web www.agrobank.com.my. – UTUSAN










