JDT berhempas pulas untuk menang

JDT berhempas pulas untuk menang

Aksi Bergson ketika bertemu DPMM FC dalam aksi Liga Super semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz akui anak buahnya terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum berjaya menjinakkan DPMM FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Munoz berkata, corak permainan bertahan yang dipamerkan kelab Brunei itu menyukarkan jentera serangan Harimau Selatan untuk merobek gawang lawan pada 30 minit pertama permainan.

Katanya, JDT akhirnya berjaya menembusi benteng pertahanan lawan menerusi gerakan hantaran jauh Jonathan Silva kepada Arif Aiman Hanafi yang melepasi perangkap ofsaid DPMM dan disudahkan Bergson Da Silva pada minit ke-36.

“Ini adalah perlawanan yang sukar buat kami, pelbagai variasi serangan dilakukan baik dari bahagian sayap dan hantaran ke kotak penalti, ia berjaya dipatahkan pertahanan yang tidak memberi sedikit ruang kepada kami.

“Struktur benteng pertahanan lawan yang diperketat dengan bahagian jentera menyukarkan jentera serangan untuk membuat gerakan, ada masanya pemain terpaksa membuat percubaan dari luar kotak penalti.

“Bagaimanapun, tekanan yang diberikan pemain berjaya mencari ruang untuk melakukan penetrasi hingga berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada babak pertama,” katanya.

Bekas pengendali Watford itu turut memuji kekentalan benteng pertahanan lawan yang mampu mengekalkan disiplin tinggi pada babak kedua permainan dan menyukarkan JDT untuk menambah jaringan.

Katanya, pasukan lawan turut cuba untuk bangkit pada perlawanan itu namun Harimau Selatan lebih bersedia di Bahagian tengah mematikan gerakan yang cuba dijelmakan pasukan pelawat.

Ditanya mengenai persembahan Matias Nahuel yang tampak kurang menonjol, Munoz tampil mempertahankan pemain import tersebut dan menyifatkan prestasi Nahuel tidak menjejaskan aksi pasukan.

“Walaupun Stoichkov tampak lebih garang Selepas dibawa masuk pada babak kedua, kedua-dua mereka adalah pemain yang berkualiti.

“Ada masanya, prestasi yang ditunjukkan pemain tidak seperti yang kita mahukan, ia menjadi ruang untuk mereka berkembang menjadi pemain yang lebih baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×