Utamakan amalan fardu
SOALAN
Saya ada mendengar penceramah agama berkata, jika hendak melakukan amalan sunat, kita perlu qada dahulu amalan fardu yang tertinggal. Saya mohon penjelasan ustaz dalam perkara ini.
Othman
Petaling Jaya
Jawapan
Memang betul kena mengutamakan amalan fardu kerana fardu itu asas. Namun tidak salah untuk melaksanakan amalan sunat dengan menyusun waktu-waktu untuk melakukannya dengan baik. Lakukan fardu dengan tekun dan buat yang sunat ketika ada waktu.
Waswas status halal
SOALAN
Apa hukumnya kita memasuki restoran atau kedai makan yang kita waswas status halalnya?
Jamal
Klang
Jawapan
Sekiranya terdapat rasa waswas seeloknya janganlah makan di tempat itu kerana ia lebih untuk agama. Mengambil makanan halal adalah kewajipan setiap Muslim. Carilah tempat makan Islam jika timbul rasa waswas.
Tentukan arah kiblat
SOALAN
Baru-baru ini saya menyusuri tasik menaiki bot dan telah menetapkan kiblat semasa bot belum bergerak. Namun selepas bot bergerak beberapa jam dan parkir di kawasan lain di tasik, saya keliru menetapkan arah kiblat. Apa cara mudah mencari arah kiblat jika menghadapi situasi sebegini?
Ingin tahu
Maran
Jawapan
Sekiranya berpaling daripada arah kiblat ketika menaiki bot maka teruskan solat anda dan setelah sampai ulanglah solat semula kerana ia telah kehilangan syarat wajib solat iaitu menghadap kiblat.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]UTUSAN










