WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Khamis bahawa beliau akan meminta negara-negara Eropah membayar balik bantuan Amerika yang disalurkan kepada Ukraine di bawah pentadbiran pendahulunya, Joe Biden.
Trump sejak sekian lama menuntut agar negara-negara Eropah menanggung lebih banyak kos sokongan Barat kepada Ukraine dalam perang menentang Russia yang telah berlangsung lebih empat tahun.
“Beratus-ratus bilion dolar diberikan kepada Ukraine dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) secara percuma, yang sepatutnya dibayar oleh Eropah jika mereka hanya diminta. “Tetapi kami akan meminta wang itu, walaupun agak lewat,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.
Presiden Amerika itu tidak menjelaskan negara-negara mana yang beliau maksudkan sebagai pihak yang perlu membuat bayaran tersebut. – AFP










