Red Bull berdepan tugas sukar di Monza

Red Bull berdepan tugas sukar di Monza

JENTERA Red Bull berdepan masalah menjelang aksi di Litar Monza, Itali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Max Verstappen tidak menjanjikan keajaiban di Grand Prix (GP) Itali esok apabila juara dunia empat kali itu menjangkakan jentera Red Bull berdepan perlumbaan yang sukar di Litar Monza.

Verstappen mengakui karakter litar yang memiliki laluan lurus panjang serta kelajuan tinggi menyebabkan jentera generasi hibrid baharu kurang efisien, sekali gus mendedahkan kelemahan Red Bull berbanding pencabar utama.

“Ia akan menjadi sangat menyakitkan. Jentera ini sememangnya tidak efisien untuk Monza, tetapi tiada gunanya kami terus bersikap negatif.

“Jadi saya sudah menyediakan diri dari segi mental kerana tahu hujung minggu ini akan berbeza daripada kebiasaan,” katanya.

Juara dunia empat kali itu hadir dengan kenangan manis selepas memenangi perlumbaan tahun lalu dengan merekodkan pusingan terpantas dalam sejarah F1, selain mengumpul tiga kemenangan dalam empat edisi terakhir di litar berkelajuan tinggi itu.

Namun, Verstappen menjangkakan cabaran berbeza kali ini apabila semua pelumba perlu lebih berhati-hati mengurus tenaga dan jentera pada setiap pusingan berbanding memecut sepenuhnya sepanjang perlumbaan.

“Kami perlu sentiasa memerhatikan penggunaan tenaga dan memastikan kami tidak memaksa jentera sepanjang masa.

“Di litar yang tidak efisien, kami memang sukar memaksimumkan apa yang ada, jadi saya tidak mengharapkan sebarang keajaiban di sini dan sekali lagi ia akan menjadi hujung minggu yang mencabar,” katanya.

Kedudukan Verstappen turut menggambarkan betapa sukarnya tugasnya apabila dia kini menghuni tangga keenam kejuaraan dengan 112 mata, ketinggalan 130 mata daripada pendahulu Kimi Antonelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×