Zahnita Wilson beri bayangan sedang bahagia bersama lelaki pilihan - Utusan Malaysia

Zahnita Wilson beri bayangan sedang bahagia bersama lelaki pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkongsian terbaharu pelakon dan model, Zahnita Wilson, 41, di Instagram kembali mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama seorang lelaki yang dipercayai insan istimewa dalam hidupnya.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Zahnita turut menitipkan kapsyen ringkas, “23 days to go…” bersama emoji hati, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai sesuatu yang bakal berlaku dalam tempoh 23 hari.

Menerusi hantaran berkenaan, Zahnita dilihat meluangkan masa bersama lelaki tersebut dalam suasana santai.

Walaupun identiti lelaki berkenaan tidak didedahkan, perkongsian itu pantas mendapat perhatian pengikut yang tidak sabar untuk mengetahui perkembangan terbaharu dalam kehidupan peribadi pelakon berkenaan.

Sebelum ini, Zahnita mengesahkan sudah bertunang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘F’ menerusi sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zahnita memilih untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu kepada umum.

Menurut Zahnita, lelaki berkenaan bukan daripada industri hiburan, malah disifatkannya sebagai seorang yang penyayang dan memahami dirinya.

Perkembangan terbaharu itu hadir selepas Zahnita melalui fasa sukar dalam rumah tangganya bersama bekas suami, Abdul Zackery Ghouse.

Zahnita sebelum ini memfailkan permohonan perceraian pada Disember 2024 selepas hampir dua dekad mendirikan rumah tangga sejak 2005.

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan turut dibawa ke Mahkamah Syariah Kuantan dan membabitkan beberapa perkara termasuk permohonan perceraian serta isu hak penjagaan dan lawatan anak-anak.

Pada Mei 2025, Zahnita menegaskan pendiriannya untuk meneruskan perceraian selepas usaha hakam keluarga gagal mencapai perdamaian antara mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×