AS siasat serangan majlis perkahwinan di Iran - Utusan Malaysia

AS siasat serangan majlis perkahwinan di Iran

JD VANCE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance  pada Khamis berkata, AS sedang menyiasat serangan terhadap majlis perkahwinan yang mengorbankan empat orang di Iran.

“Saya tahu bahawa kita sedang menjalankan siasatan.

“Saya cuma ingin menyatakan bahawa media kerajaan Iran bukanlah sumber yang begitu baik dalam melaporkan apa yang berlaku dalam konflik ini setakat ini. Jadi, saya amat skeptikal terhadap perkara itu,” tambahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran berkata serangan peluru berpandu terhadap majlis perkahwinan di bandar pesisir pantai Kuhestak, Iran, mengorbankan empat orang pada lewat Selasa, termasuk seorang kanak-kanak, manakala lebih 50 orang lagi cedera.

Sementara itu, Vance berkata bahawa beliau tidak akan mengklasifikasikan konflik dengan Iran sebagai perang, walaupun pertempuran dengan Teheran masih berterusan enam bulan selepas konflik itu bermula.

Kenyataan beliau dibuat ketika semakin banyak petunjuk menunjukkan bahawa Presiden Donald Trump sedang berusaha untuk menamatkan konflik yang telah membelenggu pentadbirannya.

“Saya tidak akan menyebutnya sebagai perang. Buat masa ini, tiada tembakan aktif,” kata Vance dalam taklimat di Rumah Putih ketika ditanya sama ada perang itu akan berakhir sebelum pilihan raya pertengahan penggal AS pada November. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini