Jangan ingat kami artis, kami tak boleh bersuara - Faradhiya - Utusan Malaysia

Jangan ingat kami artis, kami tak boleh bersuara – Faradhiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Faradhiya, menegaskan golongan artis juga berhak bersuara apabila berdepan kecaman dan makian daripada pengguna media sosial.

Faradhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 42, berkata, pengguna media sosial seharusnya mendapatkan penjelasan dahulu sebelum memaki atau membuat kesimpulan terhadap seseorang artis.

“Sebelum mahu serang orang, tanya dulu jika tidak pasti. Saya bercakap mengenai perkara lain dan hantaran saya langsung tidak mempunyai kaitan dengan drama Melayu yang sedang tular itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak suka memberikan publisiti kepada orang yang tidak beradab. Jangan ingat kerana kami artis, kami tidak boleh bersuara dan perlu terima makian daripada orang yang tidak beradab,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Faradhiya, golongan artis juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan tidak sepatutnya dianggap sebagai individu yang perlu berdiam diri apabila menerima kecaman.

“Kami juga manusia biasa, bukan robot. Jadi, simpan sedikit mulut lancang awak itu.

“Sebab yang nampak bodoh sekarang ini awak, bukan saya. Jangan dijolok sarang tebuan,” tegasnya.

Terdahulu, Faradhiya berkongsi satu hantaran di Threads yang disalah tafsir seorang pengguna media sosial sebagai mempunyai kaitan dengan drama berunsur LGBT, Madu atau Racun, sedangkan dia tidak menyentuh langsung mengenai drama itu sehingga menerima kata-kata kesat daripada pengguna berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini