Pertuduhan bekas COO TH ditangguh ke 24 September

Pertuduhan bekas COO TH ditangguh ke 24 September

Peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Datuk Tania Scivetti dan Effa Azuin Aidrul Hisham pada sidang akhbar di perkarangan Mahkamah Shah Alam selepas pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji ditangguhkan ke 24 September ini. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang sepatutnya dilakukan di Mahkamah Sesyen di sini semalam ditangguhkan kepada 24 September ini.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas dimaklumkan tertuduh, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana masalah jantung.

“Saya juga memikirkan bahawa pilihan untuk mahkamah pergi ke hospital dan membacakan pertuduhan adalah tidak praktikal pada masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir perkara yang wajar dilakukan oleh mahkamah adalah membenarkan tertuduh berehat di hospital dan menetapkan tarikh seterusnya” katanya.

Adi Azuan adalah antara individu yang ditahan, disiasat dan didakwa di mahkamah rentetan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Terdahulu, peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mewakili Adi Azuan memberitahu anak guamnya dimasukkan ke wad sejak 31 Ogos lalu dan kini perlu menjalani beberapa siri pemantauan elektrokardiogram (ECG).

“Saya dimaklumkan tertuduh tidak dapat hadir kerana menjalani rawatan jantung. Kami telah serahkan kepada mahkamah satu salinan surat doktor yang menyatakan antara lain bahawa beliau telah ditahan sejak 31 Ogos lalu.

“Menurut Pakar Perun­ding Kanan Kardiologi PPUM, tertuduh mengalami sindrom koronari akut (acute coronary syndrome) yang memerlukan pemantauan elektrokardiogram (ECG),” katanya yang turut memaklumkan isteri tertuduh hadir di mahkamah semalam.

Hakim Awang Kerisnada kemudian memanggil isteri tertuduh, Datin Zureen Zainuddin bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaan kesihatan suami­nya.

“Buat masa sekarang dia sedang menjalani angiogram di PPUM, dia perlu melakukan itu sebab sakit dada yang dialaminya semakin kerap sejak minggu lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini