Jangan sekadar main ‘wayang’

Jangan sekadar main ‘wayang’

SEKSYEN 67 Kod Tatatertib FAM memperuntukkan hukuman sekurang-kurangnya RM2,500 serta larangan mengambil bahagian dalam aktiviti bola sepak atau penggantungan seumur hidup bagi kesalahan berkaitan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 17 September ini bukan masa untuk bermain sandiwara, sebaliknya medan menentukan siapa benar-benar berani mengubah wajah bola sepak negara.

Kerusi presiden bakal menjadi rebutan tiga tokoh iaitu Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin; Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan; dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Dengan perang pemilihan semakin memuncak, pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli mahu pertandingan berlangsung secara telus dan bukannya keputusan yang sudah ‘dimasak’ sebelum ahli gabungan mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih penting, katanya, presiden baharu mesti datang dengan keberanian untuk melakukan transformasi, bukannya sekadar mengambil alih kerusi, mengeluarkan kenyataan dan akhirnya berdepan alasan apabila perubahan gagal dilaksanakan.

Pekan turut memberi amaran, FAM tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu ‘berkokok’ di luar gelanggang tetapi hilang keberanian apabila sudah berada di dalam kerana badan induk itu tidak memerlukan ‘penumpang’ atau barisan pemimpin yang hanya menjadi pengikut tanpa pendirian dan idea sendiri.

Pada masa sama, pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim menyifatkan minat ramai individu untuk bertanding sebagai perkembangan positif, namun ahli gabungan perlu bijak menilai siapa yang benar-benar mempunyai objektif dan kemampuan untuk membawa perubahan.

Senarai akhir calon bagi perebutan 11 kerusi FAM dijangka diumumkan hari ini. Selepas itu, gelanggang sebenar akan dibuka dan kali ini, ahli gabungan perlu memastikan undi mereka tidak melahirkan sekadar pertukaran nama, tetapi kepimpinan yang mampu mengheret FAM keluar daripada kitaran lama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini