Polis terima empat laporan, lelaki cetus provokasi Hari Kebangaaan perlu beri keterangan

Polis terima empat laporan, lelaki cetus provokasi Hari Kebangaaan perlu beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis meminta seorang lelaki yang dipercayai mencetuskan provokasi sehingga berlaku insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, ia berikutan pihaknya telah menerima empat laporan berkaitan kejadian provokasi yang dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi di Dataran Putrajaya ketika sambutan kemerdekaan.

“Pihak polis telah mengesan video dimuat naik di Facebook pemilik akaun bernama Anwar Captain Goose yang memaparkan seorang lelaki Melayu berbaju coklat dipercayai telah membuat provokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia juga telah merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini