Djokovic buru Grand Slam ke-25 di New York

Djokovic buru Grand Slam ke-25 di New York

Novak Djokovic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Novak Djokovic kembali ke Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan satu misi utama, iaitu menamatkan penantian untuk meraih gelaran Grand Slam ke-25 sekali gus mencipta sejarah baharu dalam tenis dunia.

Kali terakhir pemain berusia 39 tahun itu menjulang trofi Terbuka AS pada 2023, ketika menyamai rekod legenda Australia, Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam.

Kini, Djokovic berpeluang memecahkan rekod berkenaan apabila membuat penampilan ke-20 di Flushing Meadows, pencapaian yang hanya pernah dilakukan tiga pemain lelaki lain iaitu Jimmy Connors, Andre Agassi dan Feliciano Lopez.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian itu. Ketahanan karier sentiasa menjadi antara matlamat saya sejak masih muda.

“Saya mahu mempunyai karier yang panjang, mendapatkan lebih banyak peluang untuk memenangi Grand Slam dan kekal sihat supaya dapat beraksi selama mungkin,” katanya.

Peluang Djokovic untuk memburu gelaran ke-25 dilihat sedikit terbuka selepas pemain No. 1 dunia, Jannik Sinner diketepikan akibat kecederaan lutut manakala juara bertahan, Carlos Alcaraz kembali beraksi selepas berehat empat bulan kerana kecederaan.

Bagaimanapun, Djokovic sedar laluan ke kejuaraan tidak akan mudah.

Sejak menyamai rekod Court, Djokovic sudah mempunyai 11 peluang untuk memecahkan rekod Grand Slam, termasuk dua penampilan di final dan enam kali mara ke separuh akhir.

Pada Terbuka Australia tahun ini, Djokovic menewaskan Sinner dalam aksi separuh akhir lima set sebelum tewas kepada Alcaraz di final.

Dia kemudian tersingkir pada pusingan ketiga Roland Garros sebelum ditewaskan Sinner pada separuh akhir Wimbledon, dengan pemain Itali itu akhirnya muncul juara.

Persiapan Djokovic ke Terbuka AS turut terjejas selepas dia menarik diri daripada Masters Montreal sebelum tersingkir awal di Cincinnati. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN