Berdasarkan kajian, individu berusia 30 an, berdepan risiko sebanyak 20 peratus untuk mengalami penyakit jantung dalam tempoh 10 tahun. Seorang daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai kolesterol tinggi. Sebanyak 40 peratus daripada mereka mempunyai kolesterol jahat (LDLc).
Bagaimanapun, seringkali penyakit seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala. Lebih membimbangkan 50 peratus tidak menyedari mereka mempunyai LDLc disebabkan ia tidak menunjukkan gejala.
Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL, Dr. Lim Bee Chian berkata, kolesterol tinggi hanya boleh dikesan melalui ujian kesihatan dan darah.

DR. LIM BEE CHAN
Justeru, lelaki berusia 40- an dan wanita berusia 50-an perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bagi memeriksa sama ada mempunyai kolesterol tinggi.
“Seseorang yang mengalami serangan jantung dan terselamat, apabila diperiksa didapati mereka mempunyai kolesterol tinggi yang tidak dikesan atau didiagnos. Namun ia sudah terlambat. Serangan jantung boleh dielakkan jika kolesterol tinggi dikesan awal.
“Kita tahu LDL adalah kolesterol jahat. Jika LDLc tinggi, ia akan berada di dalam dinding salur darah yang dikenali sebagai plak.
“Tanpa rawatan ia akan bertambah. Dari semasa ke semasa, ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan tersumbat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Perbincangan Meja Bulat bersama wakil media, bertajuk ‘Pastikan Ia Rendah, Pastikan Ia Stabil’, bersempena Hari Jantung Sedunia, baru-baru ini. Turut hadir, Penolong Pengarah Dietetik, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL dan Jurufisioterapi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL, Nathalie Goh.
Kata Dr. Lim, seseorang tidak akan mengalami sebarang gejala apabila terdapat sedikit plak. Namun apabila plak bertambah 50 peratus, pesakit mungkin akan mengalami sakit dada atau rasa tidak selesa pada dada apabila bersenam atau melakukan aktiviti yang berat.
“Ini kerana apabila ada salur darah tersumbat, ketika bersenam, otot jantung kurang mendapat oksigen. Stress yang terlampau pula akan menyebabkan plak pecah dan tubuh cuba untuk memulihkannya dengan membentuk darah beku pada kawasan berkenaan.
Darah beku ini boleh menyekat aliran darah, menyebabkan tisu di sekeliling kekurangan oksigen dan mencetuskan kecemasan seperti serangan jantung atau strok,”katanya.
Faktor risiko
Faktor risiko kolesterol tinggi boleh diubahsuai tetapi sebahagiannya tidak boleh dielakkan. Sebagai contoh faktor risiko yang tidak boleh diubah adalah usia yang meningkat. Semakin berusia, semakin tinggi risiko mengalami penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan salur darah tersumbat.
Dr. Lim berkata, faktor risiko disebabkan gender juga tidak boleh diubah. Lelaki lebih cenderung meninggal dunia lebih awal berbanding wanita. Ini kerana wanita dilindungi oleh hormon wanita. Bagaimanapun, perlindungan ini akan hilang apabila wanita putus haid atau menopaus.
Rutin latihan harian ini dibahagi kepada tiga fasa utama yang mudah diikuti:
1. Fasa Pemanasan Badan (Warm Up)
Durasi: 5 hingga 10 minit.
Cara Pelaksanaan: Ikuti pelan penjagaan kesihatan anda dengan teliti. Mulakan dengan berjalan perlahan atau kawad setempat (march on the spot). Tingkatkan kelajuan secara beransur-ansur untuk menaikkan kadar degupan jantung dan menyediakan otot sebelum fasa seterusnya.
2. Litar Senaman Ringan (Gentle Circuit)
Kadar Ulangan: 6 hingga 8 repetisi bagi setiap gerakan.
Pilihan Gerakan:
Duduk Berdiri: Duduk dan bangun dari kerusi untuk menguatkan otot paha dan sendi lutut.
Jengkit kaki: Mengangkat tumit bagi melatih kekuatan otot betis.
Angkat lutut: Mengangkat lutut ke atas atau mengetuk kaki ke sisi bagi mengekalkan kelenturan pinggul.
Tip Keselamatan: Gunakan kerusi yang stabil dan kukuh sebagai sokongan jika anda memerlukan bantuan imbangan badan.
3. Fasa Penyejukan Badan (Cool Down)
Durasi: 5 hingga 10 minit.
Cara Pelaksanaan: Kurangkan kelajuan pergerakan anda secara berperingkat. Lakukan regangan otot secara lembut tanpa paksaan. Pastikan tempo senaman pada fasa ini kekal santai dan anda masih boleh bercakap dengan lancar tanpa tercungap-cungap (conversational pace).
Isyarat keselamatan
yang wajib dipatuhi
Sentiasa bernafas seperti biasa semasa melakukan sebarang gerakan dan elakkan daripada menahan nafas. Hentikan senaman serta-merta jika anda mula merasai tanda-tanda berikut:
Ketidakselesaan atau sakit pada bahagian dada.
Sesak nafas yang luar biasa.
Rasa pening lalat atau melayang.
Badan terasa tidak sedap atau kurang sihat.
“Itu sebabnya mengapa wanita berusia lebih 50, perlu menjalani saringan kesihatan setahun sekali kerana sebaik menopaus, tiada lagi hormon wanita yang melindungi mereka. Jadi, risiko mengalami penyakit kardiovaskular semakin meningkat.
RAWATAN
Rawatan tidak semestinya satu-satunya kaedah mengatasi kolesterol tinggi.
“Mengubah fakfor risiko perlu merangkumi ubat, diet dan senaman. Namun sasaran LDLc tidak boleh dibuat terlebih dulu sebelum menjalani rawatan. Jika LDLc tidak terlalu tinggi, mungkin boleh mengamalkan diet dan bersenam. Walaupun begitu, tidak semestinya jumlah LDLc akan mencapai sasaran diharapkan. Justeru, pesakit perlu mengambil ubat.
“Ramai takut makan ubat kolesterol kerana beranggapan ia boleh menjejaskan buah pinggang. Namun sepanjang pembabitan saya selama 20 tahun sebagai pakar kardio, jarang pesakit alami kegagalan buah pinggang akibat ubat kolesterol,” katanya.

Katanya, berhenti makan ubat boleh melonjakkan kolesterol semula. Ramai berbuat demikian kerana terpengaruh dengan media sosial.
UBAH DIET
Celeste Lau berkata, bagi mendapatkan jantung sihat memerlukan perubahan tabiat makan. Perubahan kecil pada diet harian mampu memberi impak besar bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Perubahan dalam empat jenis hidangan popular yang sering kita ambil boleh memelihara jantung kita. Hidangan ikonik, nasi lemak yang dimakan bersama ayam goreng serta minuman manis, sangat tinggi dengan lemak tepu daripada santan, minyak gorengan serta kandungan gula tinggi daripada air manis.
“Langkah mengubah hidangan ini adalah dengan mengurangkan saiz nasi. Pilih menu alternatif yang lebih rendah gula dan kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak sekiranya ada pilihan lain,” katanya.
Char Kuey Teow yang dimakan bersama teh tarik adalah gabungan mi goreng yang berminyak dan minuman berkrim seperti teh tarik menyumbang kepada kalori berlebihan serta kolesterol tinggi.
SENAMAN
Nathalie Goh berkata, aktiviti fizikal secara konsisten adalah kunci utama dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.
“Bersenam secara konsisten tidak semestinya memerlukan anda ke gimnasium. Senaman ringan di rumah adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kelenturan badan dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular secara selamat,” katanya. –UTUSAN









